Satu pameran fotografi hasil daripada ahli Kelab Foto Imej Perak (FIP) akan berlangsung di Ipoh Parade pada 7-9 Januari 2011 nanti. Pameran ini adalah sempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan Kelab fotografi tersebut yang ke 20.
FIP merupakan sebuah kelab fotografi yang tertua di Perak. FIP kini diterajui oleh En Kok Kin yang juga merupakan tuan punyai sebuah kedai gambar di Ipoh yang menggunakan label KOKKIN. Selain daripada itu, salah seorang “orang kuat” FIB adalah En. Poon yang juga merupakan seorang pengusaha kepada Poon Photo; kedai menjual kelengkapan fotografi yang terbesar di Ipoh.
Kepada peminat fotografi di Perak khususnya di Ipoh, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pameran yang julung-julung kali di adakan di Ipoh Parade ini!





